Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit sensitif akan selalu merasakan kerengsaan pada kulit seperti gatal, kulit kering, ruam, sehingga rasa terbakar dan pedih pada kulit. Permasalahan tersebut selalunya terjadi setelah kulit terdedah kepada perkara tertentu atau keadaan udara yang kering dan sejuk.
Kulit sensitif ialah istilah bagi keadaan kulit yang mudah merengsa kesan tindak balas secara berlebihan terhadap pelbagai faktor, seperti bahan kimia dalam produk penjagaan kulit atau udara. Bagi mengelakkannya perkara ini dari berulang, mereka yang mempunyai kulit sensitif perlu menjaga kulit lebih berhati-hati dan dengan baik.
Berikut ialah apa yang anda perlu ketahui tentang kulit sensitif dan cara mengubatinya dengan menggunakan produk untuk kulit sensitif yang terdapat di Malaysia. Tekan sini https://suubalm.com.my/ms/pages/kulit-sensitif untuk ketahui lebih lanjut.
Faktor Pencetus Untuk Tindak Balas Kulit
Faktor tersebut adalah berbeza bagi setiap individu. Beberapa faktor yang boleh mencetuskannya ialah:
- Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu
- Pencemaran udara seperti asap kenderaan dan debu
- Tekanan perasaan dan cemas yang berlebihan
- Perubahan hormon seperti saat haid dan menopause
- Selalu menukar produk kosmetik dan produk penjagaan kulit
- Gangguan kulit, seperti ekzema, rosacea, dan dermatitis
- Faktor persekitaran, seperti suhu sejuk atau panas dan pendedahan matahari
Di samping itu, keadaan kulit sensitif ini juga termasuk penyakit kulit psoriasis mempengaruhi masalah genetik. Kebiasaannya, mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga mempunyai adik beradik atau ibu bapa yang mempunyai masalah kulit yang sama.
Cara Mengatasi Masalah Kulit Sensitif
Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk melegakan masalah kulit sensitif yang anda hadapi, tetapi anda perlulah mendapatkan nasihat dan pandangan dari doktor terlebih dahulu terutamanya jika anda mempunyai penyakit ekzema kerana rawatan bagi masalah kulit setiap orang adalah berlainan dan masing-masing memerlukan rawatan yang khusus dan berbeza.
Tidak Menukar Produk Penjagaan Kulit Dengan Kerap
Menukar produk penjagaan kulit dengan kerap adalah antara punca kulit anda menjadi sensitif. Simptomnya adalah anda mengalami gejala iritasi pada kulit seperti bengkak, gatal, ruam dan kemerahan. Hal ini kerana kulit anda terdedah dengan pelbagai jenis bahan kimia yang berbeza menyababkan reaksi pada kulit. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk kerap menukar produk penjagaan kulit termasuk krim kulit gatal dari Suu Balm Malaysia.
Menerapkan Amalan Gaya Hidup Sihat
https://youtu.be/r6sjc4fa_7wApakah yang anda faham dengan istilah gaya hidup sihat? Gaya hidup sihat ialah dengan anda kekal aktif, stabil mental dan fizikal dan turut mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang. Salah satu faktor kepada masalah kulit sensitif adalah disebabkan oleh gaya hidup yang kurang sihat.
Selain daripada masalah kulit sensitif, ia juga boleh mengakibatkan anda mengalami masalah kesihatan yang lain juga. Oleh kerana itu, anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dan bersenam sekurang-kurannya dua kali seminggu. Selain itu, mengawal stress dan tekanan juga penting kerana hormon juga adalah antara sebab kepada kulit sensitif.
Memakai Pelembab Kulit
Pengelupasan kulit dan kulit merekah adalah antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Disebabkan ini, kulit akan menjadi sensitif dan boleh menyebabkan kesakitan.
Masalah ini boleh diatasi dengan mengaplikasikan pelembap untuk kulit kering pada kulit anda selepas mencuci muka atau selepas waktu mandi. Gunakan moisturizer terbaik untuk kulit kering yang kaya dengan gliserin atau mineral dan petroleum kerana bahan-bahan ini mampu melembabkan kulit dan melembutkan kulit yang sensitif.
Mengurangkan Pendedahan Kepada UV
Reaksi kepada kulit seperti sunburn akan terjadi sekiranya kulit anda terdedah dengan cahaya matahari dari tempoh yang lama. Perkara ini akan menyebabkan anda berasa kurang selesa dengan kondisi kulit anda dan lebih teruk akan mengakibatkan gejala seperti bisul dan ruam.
Selain itu, pendedahan kepada sinaran matahari terlalu lama akan mengakibatkan kulit anda terdedah kepada risiko untuk mendapat kanser kulit. Sebagai langkah penjagaan sekiranya anda terdedah kepada sinaran matahari dalam tempoh masa yang lama, anda harus mengguakan krim perlindungan matahari (sunblock) bagi mengurangkan risiko berbahaya akibat sinaran ultraungu daripada matahari.